debu-debu mata berbentuk air mengalir,
zarah-zarah merah pekat di pangkal bibir,
selamatkan aku, selamatkan aku.
awan-awan mendepang mahu menyambut,
cepat-cepat aku pusing mencari ribut,
pegangkan aku, pegangkan aku.
kekeh-kekeh guruh menikam sayap aku,
mati-mati aku sangka butir itu salju,
kuatkan aku, kuatkan aku.
tegar kau biar aku ini bermati dihunus takdir,
baik kau lontar saja aku pada petir
puaslah kamu, puaslah kamu.
puaslah kamu.
a poet by fynn, titled “puaslah kamu”
akaff u ada blog!
ReplyDeletehaish u nieyy..
ahahhaa
ReplyDeletei baru wat ohh.
baru established 2-3 ari lepass~ tehee